Lamborghini Urus sewa terbakar selepas melanggar SUV lalu merempuh rumah

858

Lamborghini Urus 2021 yang disewa dilaporkan mengalami kerosakan serius selepas melanggar sebuah SUV sebelum melambung ke udara dan merempuh rumah serta lalu terbakar.

Kejadian itu dikatakan berlaku jam 3.00 petang di Fort Lauderdale, Florida ada akhir Julai lalu, selepas kenderan itu dikatakan tidak mematuhi papan tanda berhenti. 

Lamborghini Urus putih dilaporkan disewa dari sebuah syarikat di Miami, Amerika Syarikat. Ia dikatakan memandu pada kadar kelajuan tinggi dan tidak berhenti di simpangan jalan yang mempunyai papan tanda berhenti.



Akibat itu, Urus berkenaan melanggar sebuah SUV Nissan Pathfinder dan berpusing di udara sebelum merempuh sebuah rumah yang berhampiran persimpangan itu dan terbakar. Mujur di rumah berkenaan tidak berpenghuni pada masa berkenaan.

Penolong Ketua Bantuan Penyelamat Bombo Fort Lauderdale, Timothy Heiser berkata, kereta itu terbang di udara kira-kira 20 atau 30 kaki, mendarat di atas bumbung rumah, melanggar pokok, dan jatuh ke tanah serta terbakar.

Dikatakan pemandu Urus selamat dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan bagi tujuan siasatan itu. Sementara itu, pemandu Nissan Pathfinder dikatakan mengalami kecederaan ringan seperti sakit di dada dan pinggul kiri.

Kes itu dilaporkan hanya satu daripada beberapa kemalangan buruk yang sudah berlaku di persimpangan itu. Penduduk dikatakan sudah berulang kali menggesa pihak berkuasa tempatan menukar reka bentuk persimpangan berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here