Utama Berita Automotif Volvo Car Malaysia ‘sapu bersih’ Anugerah Effie Malaysia 2026

Volvo Car Malaysia ‘sapu bersih’ Anugerah Effie Malaysia 2026

2

Volvo Car Malaysia mencipta sejarah apabila meraih kemenangan bersih di Anugerah Effie Malaysia 2026. 

Pencapaian ini menetapkan penanda aras baharu untuk keberkesanan pemasaran dan hubungan dengan pengguna di Malaysia.

Volvo Car Malaysia mendominasi pentas anugerah malam itu menerusi pengiktirafan tertinggi untuk impak kreatif dan hasil perniagaan yang ketara :

  • Grand Effie – Selamat is Volvo
  • Brand of the Year – Volvo
  • Emas – David vs Goliath (Situasi)
  • Gangsa – Automotif/Kenderaan
  • Finalis – Pelbagai Budaya/Produk

Kempen Selamat yang menjadi peneraju turut meraih kemenangan di pelbagai kategori, sekali gus mengubah pemasaran automotif menjadi satu gerakan budaya.

Kejayaan ini menutup minggu penting bagi jenama berkenaan, yang hadir susulan pelancaran SUV keluarga, Volvo EX90 yang dinaik taraf.

Ia diuji pasarkan melalui balutan camouflage khas, paparan luar digital yang misteri, dan saluran media sosial yang mencetuskan spekulasi tinggi.

Pendedahan itu membalikkan konvensyen industri. Selamat bukanlah jenama EV baharu, sebaliknya Volvo memperbaharui janji keselamatan selama 60 tahun kepada rakyat Malaysia.

Mengulas falsafah utama kempen tersebut, Patricia Yaw, Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia berkata, dalam pasaran yang kompetitif di mana setiap jenama mendakwa mempunyai teknologi termaju, keselamatan berisiko menjadi sekadar satu lagi ciri – sering diperkatakan, tetapi jarang dirasai.

“Objektif Selamat bukanlah untuk mencipta sensasi, tetapi untuk meletakkan semula nyawa manusia sebagai teras utama mobiliti.

“Menerima pengiktirafan sebegini daripada Effie amat mengujakan dan ia membuktikan apabila anda mendekati pelanggan dengan empati budaya yang tulen, hubungan emosi itu secara semula jadi akan diterjemahkan kepada impak yang bermakna dan berpanjangan.”

Strategi ini mengetengahkan dualiti budaya yang mendalam. Walaupun Selamat adalah ucapan harian – disebut lebih 650 juta kali di seluruh negara dalam frasa seperti Selamat Pagi dan Selamat Jalan – perkataan itu secara bersendirian membawa maksud keperluan sejagat untuk keselamatan manusia.

Volvo mendasari konsep ini dengan realiti yang membimbangkan iaitu kemalangan jalan raya kekal sebagai salah satu punca utama kematian dalam kalangan belia Malaysia.

Dengan berdepan realiti ini, kempen tersebut memperkukuh mesej penting: ‘Selamat mengingatkan kita bahawa keselamatan bukan sahaja tentang keadaan berjalan lancar, tetapi juga tentang perlindungan ketika sesuatu yang buruk berlaku’. 

Walaupun banyak jenama boleh bercakap tentang keselamatan, Volvo Cars telah menghabiskan 99 tahun untuk memperoleh hak yang tidak dapat disangkal untuk ‘memilikinya’.

Daripada bergantung kepada senarai ciri konvensional atau jargon teknikal, Volvo mengukuhkan naratifnya pada realiti kehidupan manusia.

Resonansi emosi kebenaran ini mencapai 90.8 peratus dalam respons yang boleh diukur, sekali gus mengukuhkan hubungan nasional yang kukuh – Selamat itu Volvo, dan Volvo itu Selamat.

Bagi merealisasikan visi Selamat dan mencapai keputusan yang belum pernah berlaku ini, Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan rakan agensi terkemuka seperti :

  • Invictus Blue
  • Grey Malaysia
  • Dox Digital
  • Lab Activations
  • Directors Think Tank
  • Live Experience

Graham Drew, Ketua Pegawai Kreatif Grey Malaysia berkata, impian kreatif adalah untuk menjadikan Selamat dan Volvo sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

Selamat ialah perkataan yang sudah diketahui, digunakan dan difahami secara naluri oleh rakyat Malaysia, dan Volvo telah melaksanakannya beberapa dekad untuk mengukuhkan kaitannya dengan keselamatan.

“Ideanya adalah untuk menggabungkan dua kebenaran itu dalam cara yang ringkas, mengejutkan dan relevan dari segi budaya – supaya akhirnya, Selamat itu Volvo, dan Volvo itu Selamat.”

Jo Yau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Invictus Blue pula menambah, peranan mereka adalah untuk mengambil idea kreatif yang kuat itu dan mengembangkannya secara strategik kepada sesuatu yang dapat ditemui, disertai dan diperkatakan oleh audiens.

Ian Lim dari LAB Activations menekankan kuasa penglibatan secara nyata dengan keselamatan sering kali terasa teori di atas kertas – sehinggalah melihatnya, menyentuhnya, dan mengalaminya sendiri.

Razlan Rahman dari Dox Digital berkata, dalam persekitaran digital di mana audiens segera mengabaikan mesej berjenama, fokus utama pasukan adalah untuk memupuk rasa ingin tahu yang tulen.

Kemenangan bersejarah ini membuka peluang untuk kempen tersebut dipertimbangkan di peringkat global, sekali gus membawa kemungkinan untuk interpretasi budaya unik Malaysia tentang perlindungan kepada khalayak antarabangsa.

Dengan Selamat diteruskan sebagai platform tematik kekal bagi Volvo Car Malaysia, jenama ini sudah merancang bab seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here