
Jenama X-Wedge sudah menjadi sebutan peminat motosikal kategori premium di Malaysia sejak tahun lalu.

Dan awal Februari lalu, jenama itu diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.
X-Wedge adalah motosikal gaya cruiser Amerika bernadikan enjin dibangunkan S&S Cycles di Amerika Syarikat, manakala rekaan keseluruhan pula dibuat KISKA Design.

Peminat motosikal kategori cruiser itu boleh merasai kemampuan jentera berkenaan selepas lima model di bawah jenama X-Wedge boleh didapati di Malaysia.

Berikut senarai harga mengikut model di Malaysia:
- X-Wedge Ranger RX2000 – RM68,888
- X-Wedge Walker WR1000 – RM78,888
- X-Wedge Rover RL2000S – RM95,888
- X-Wedge Rover RL2000 – RM98,888
- X-Wedge Vanguard VT2000 – RM148,888
Model Walker WR1000 dipacu enjin V2 976cc yang menawarkan 80.4hp pada 7,500rpm dan 80Nm pada 5,500rpm, manakala keempat-empat model lain dilengkapi enjin V2 1,976cc dengan menawarkan 102hp dan 158Nm.

Antara ciri keselamatan yang turut didatangkan secara standard adalah ABS, TCS, TPMS dan CCS.





























