Kereta terbabas bongkar sindiket curi kabel

500

Sebuah Perodua Aruz yang terlibat dalam satu kemalangan di KM29 Jalan Gerik-Kupang, Gerik pada Selasa membongkar kepada kegiatan sindiket mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan sekitar jam 8.28 pagi melibatkan sebuah MPV.

“Hasil siasatan, Perodua Aruz tersebut dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan lalu terbalik.

“Pemeriksaan lanjut menemui beberapa kabel yang telah dipotong, juga peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel,” katanya merusi kenyataan media pada Rabu. 

Ketika kejadian pihak berkuasa mendapati pemandu dan penumpang tiada dalam kenderaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta pihak klinik dan hospital melaporkan kepada polis sekiranya terdapat individu mendapatkan rawatan dengan kecederaan yang mencurigakan.

“”Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian kemalangan dan kecurian kabel ini diminta tampil membantu pihak polis bagi mengesan suspek terlibat,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here