Honda N-One e: ini sarat dengan jajan Mugen, bawakan imej hot hatch

66

Tahukah anda, Honda baru-baru ini telah melancarkan kei car elektrik (EV) yang dinamakan sebagai Honda N-One e:

Kei car ini bukan sahaja direka untuk pasaran Jepun, malah ia juga bakal muncul di benua Eropah.

Honda N-One e: dijangka menawarkan jarak gerak melebihi 245 km dengan tetapan rangkaian kuasa elektrik yang dikongsi dengan model N-Van e:.

Sama seperti mana-mana model baharu Honda yang dilancarkan, N-One e: juga tidak boleh lari daripada sentuhan Mugen.

Untuk pasaran Jepun, Mugen menawarkan pakej kit badan serta aksesori yang cukup menarik.

Pakej kit badan tersebut merangkumi splitter hadapan, skirt sisi, diffuser belakang di mana kesemuanya didatangkan dengan kemasan hitam kusam.

Selain itu, terdapat juga spoiler belakang dan rim aloi bersaiz 15 inci.

Mugen turut menyediakan pelekat badan khas untuk ditampal pada bampar depan, jeriji, panel sisi dan juga bampar belakang.

Untuk ruang kabin, terdapat scuff plate dan juga kemasan pada panel pintu, diikuti dengan karpet untuk bahagian lantai dan ruang kargo.

Aksesori original Mugen ini boleh didapati di pasaran Jepun bermula musim luruh ini, dengan harga jualan yang akan diumumkan kelak.

Honda N-One e: ini dijangka akan membuat kemunculan di IAA Show Munich pada September ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here