Walaupun mampu, anda tidak semestinya boleh memiliki enjin Mugen

2130

Ketika melawat ke ibu pejabat Mugen di Jepun, sebelum ini, barulah tahu syarikat talaan terkemuka itu benar-benar menjaga produknya supaya kekal eksklusif.

Seperti enjin Mugen, biarpun anda seorang individu yang mempunyai banyak wang, tetapi tidak semestinya anda boleh memilikinya.


Untuk memilikinya, bukannya mudah seperti membeli kereta di pusat pameran kenderaan. Tetapi, sebaliknya anda terlebih dahulu perlu mempunyai pasukan lumba dan barulah boleh memiliki enjin daripada Mugen itu.



Secara jelasnya, Mugen tidak menjual enjin sewenang-wenangnya kepada orang awam kerana ia sebuah rangkaian kuasa yang mantap dan tahan lasak untuk beraksi di litar lumba.

Sebaik menerima tempahan, enjin itu dihasilkan dengan menggunakan dua tenaga kerja dan masa untuk menyiapkan adalah seminggu.


Lagipun boleh dikatakan komponen dalam enjin itu dibina sendiri oleh Mugen seperti conrod, blok, crankshaft dan banyak lagi.

Buat pengetahuan anda, enjin yang dihasilkan untuk Super GT 500 dan Japanese Super Formula boleh menyalurkan melebihi 550PS. Tapi harganya pula boleh mencecah 20 juta Yen (hampir RM800,000).

Pengurus Besar M-TEC Co Ltd, Akihiro Kojima berkata, syarikat berkenaan mempunyai 220 tenaga kerja di seluruh dunia yang mana ia mempunyai empat ibu pejabat membabitkan dua di Jepun dan satu di United Kingdom dan terakhir di Amerika Syarikat.


Menurutnya, M-TEC terbahagi kepada tiga jabatan iaitu Sukan Permotoran, Pembuatan dan Produk yang mana setiapnya menyumbangkan kira-kira 33.3 peratus kepada pendapatan bagi syarikat berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Sukan Permotoran ditugaskan menghasilkan jentera lumba seperti perlumbaan Super GT 500 dan Japanese Super Formula, selain membina motosikal tenaga elektrik untuk menyertai cabaran Isle of Man TT Race TT Zero.

“Bagi cabaran Isle of Man TT Race TT Zero, jentera yang dibangunkan syarikat kami sudah memenangi lima kali berturut-turut sejak 2014 sehingga 2018,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here