
Modenas KYMCO DTX 250 rasmi lancar ke pasaran tempatan pada harga RM22,500 dengan pilihan warna badan Matte Black dan Flat Deep Green.
Skuter tersebut menggunakan enjin 246cc, penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 17.0kW @ 7,500rpm dan tork 23Nm @ 6,000rpm bersama transmisi CVT.
Skuter ini menampilkan rekaan yang diinspirasikan daripada model Kymco DTX 360 yang dipasarkan di peringkat global menerusi penampilan agresif dan moden.
Antara ciri menarik yang ditawarkan Modenas Kymco DTX250 termasuklah sistem lampu LED penuh dengan lampu nyalaan siang (DRL), panel meter digital LCD, sistem tanpa kunci, paparan meter LED dan ruang simpanan bawah pelana yang luas.
Selain itu, DTX250 turut dilengkapi sistem brek cakera depan dan belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua-saluran dan CKawalan Traksi.
Pelancaran Modenas Kymco DTX250 ini dilihat sebagai langkah strategik Modenas untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran skuter tempatan di samping menawarkan pilihan yang lebih luas kepada pengguna dengan kolaborasi bersama Kymco yang sememangnya terkenal dengan kepakaran dalam penghasilan skuter.
GALERI