Utama Berita Automotif #MAS2025 : Kawasaki Ninja H2 SX SE rasmi lancar, harga RM129,400

#MAS2025 : Kawasaki Ninja H2 SX SE rasmi lancar, harga RM129,400

25

Kawasaki Ninja H2 SX SE rasmi diperkenalkan ke pasaran tempatan pada harga RM129,400.

Pelancaran model “supercharged  ini pastinya menjadi tumpuan utama para penggemar motosikal berkuasa tinggi negara dan untuk melihat dengan lebih dekat kunjungi reruai Modenas pada acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).

Antara ciri utama yang ditampilkan pada Kawasaki Ninja H2 SX SE termasuk enjin empat silinder sebaris 998cc dengan supercas yang menghasilkan kuasa 154 kW (210 PS) @ 11,000rpm dan tork  137Nm @ 8,500rpm bersama kotak gear 6-kelajuan. 

Antara ciri peralatan yang ditawarkan pada Kawasaki Ninja H2 SX SE :

  • Panel instrumental TFT warna penuh 6.5 inci
  • Pencahayaan LED penuh termasuk lampu selekoh
  • Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS)
  • Ciri pemanas pada hendal
  • Cat tahan lama
  • Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System (KIPASS)
  • Ketersambungan telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki SPIN 
  • Sistem radar depan dan belakang (untuk Adaptive Cruise Control dan Blind Spot Detection)

Kehadiran Ninja H2 SX SE di bawah naungan Modenas di Malaysia menunjukkan komitmen syarikat dalam membawa masuk model-model berprestasi tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here