
Didi Group melancarkan Classic 650 baharu pada acara Malaysia Autoshow 2025, selain pengenalan Bear 650.
Royal Enfield Classic 650 membawakan gaya klasik tetapi dengan kuasa yang bersahaja dari enjin ikonik 650 mereka.
Bercakap mengenai enjin, Classic 650 dipacu unit dua-silinder sebaris SOHC berkuasa 47hp dan 57Nm, yang dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.
Classic 650 juga dilengkapi dengan panel meter analog bulat yang memberikannya imej klasik.
Jentera ini hadir dengan tiga pilhan warna iaitu Brunthingthorpe Blue dan Vallam Red pada harga RM34,500, sementara Black Chrome berharga RM35,500.