Utama Berita Automotif Ford buang 1,000 orang pekerja di kilang Jerman

Ford buang 1,000 orang pekerja di kilang Jerman

5

Ford mengumumkan perancangan untuk membuang sehingga 1,000 orang tenaga pekerja di kilang Cologne, Jerman disebabkan permintaan terhadap EV yang rendah. 

Bermula 2026, fasiliti tersebut akan menggunakan operasi syif tunggal berbanding dua syif yang dilaksanakan pada ketika ini. 

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada strategi pengurangan kos yang turut sebelum ini mencetuskan protes dan mogok di kilang tersebut. 

Perancangan terbaharu ini menambah kepada 2,900 pembuangan kerja yang telah dirancang menjelang akhir 2027 – kebanyakannya terdiri daripada unit pentadbiran dan pembangunan. 

Fasa pertama pemberhentian pekerja akan bermula seawal Januari, mengurangkan tenaga kerja kepada 7,600 orang dan sebagai perbandingan fasiliti tersebut pernah menggaji hampir 20,000 orang pekerja pada lewat tahun 2010. 

Lebih memburukkan keadaan, berita ini muncul dalam tempoh beberapa bulan selepas Ford meraikan sambutan ulang tahun yang ke-100 di Jerman. 

Menurut jurucakap Ford, pihaknya akan melakukan sedaya mungkin untuk memberikan sokongan kepada pekerja yang terjejas. 

Langkah Ford menggantikan model popular seperti Fiesta dan Focus kepada model EV seperti Explorer dan Capri tidak berjalan seperti yang dirancang. 

Di Jerman, pendaftaran kenderaan baharu jatuh 14.3 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun berikutnya. 

Malah dalam tempoh sedekad yang lepas, pegangan pasaran Ford turun daripada hampir 7 peratus kepada 3 peratus sahaja. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here