
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen daripada RM3.18 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 September ini.
Menurut kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum adalah seperti berikut:
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21 seliter
- Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter
- Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.90 seliter kepada RM2.93 seliter
- Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.