Utama Berita Automotif Honda ADV160 (2026) untuk pasaran India, boleh isi bahan api E85!

Honda ADV160 (2026) untuk pasaran India, boleh isi bahan api E85!

5

Honda Motorcycle & Scooters India baru-baru ini melancarkan skuter kembara yang boleh disesuaikan dengan bahan api E85, iaitu Honda ADV160 (2026). 

Ia merupakan skuter flex-fuel (bahan api fleksibel) yang dipamerkan dan dijual di pasaran India. 

Honda ADV160 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 157 cc sejukan cecair menghasilkan 16.3 hp dan 14.9 Nm dipadankan dengan transmisi CVT. 

Enjin ini sesuai dengan bahan api E85, iaitu campuran 15 peratus petrol dan 85 peratus etanol. 

Spesifikasi asas skuter ini adalah hampir sama seperti ADV160 pasaran lain, seperti tetapan suspensi fork teleskopik dan penyerap hentak berkembar, ABS saluran tunggal, kawalan cengkaman, skrin penghadang angin boleh laras, ruang storan bawah pelana 27 liter serta lampu LED. 

Selain itu, ia turut mendapat skrin paparan TFT lengkap dengan sokongan Honda RoadSync. 

Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 8.1 liter sementara tinggi pelana pula 780 mm. 

Menurut Honda, skuter ADV160 ini akan dipasang di India untuk memastikan harganya lebih kompetitif, dan ia juga bakal dieskport ke pasaran luar. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here