
Maruti Suzuki India mengemas kini penawaran bagi model SUV subkompaknya, iaitu Suzuki Brezza setelah empat tahun generasi kedua itu diperkenalkan.
Kemas kini pertengahan kitaran itu membawakan perubahan kosmetik yang ringan, ciri keselamatan lebih lengkap dan paling penting, terdapat pilihan enjin turbo dan kotak gear manual!
Enjin 1.0L turbo Boosterjet hibrid ringan itu berupaya menjana kuasa 109 hp dan 170 Nm yang memacu roda depan menerusi transmisi manual 6-kelajuan.
Selain enjin turbo baharu ini, Suzuki Brezza masih mengekalkan pilihan enjin 1.5L Dual Jet NA hibrid ringan berkuasa 102 hp dan 137 Nm.
Varian S-CNG pula menerima tangki CNG bawah badan yang direka semula berkapasiti 55 liter, serta naik taraf kepada transmisi manual 6-kelajuan menggantikan 5-kelajuan yang lama.
Daripada segi luaran, identiti Brezza masih lagi dikekalkan, namun dengan perincian baharu seperti bampar dengan rekaan yang lebih kemas, bukaan sisi baharu, kemasan gaya aluminium diikuti dengan jeriji yang lebih ringkas.
Terdapat dua warna baharu iaitu Vivacious Orange dan Lustrous Beige.
Maruti Suzuki turut menawarkan tiga pakej penggayaan iaitu:
-
Turbo Package – aksen merah dan lencana C-pillar khas
-
Terrascape Package – kemasan perang dan perak
-
Metroscape Package – kemasan bampar unik

































