Utama Berita Automotif Berita Global Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Final Edition diperkenal, selamat tinggal hot hatch...

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Final Edition diperkenal, selamat tinggal hot hatch 421 hp!

4
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G* Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G*

Mercedes-AMG memperkenalkan A 45 S 4MATIC+ Final Edition, model edisi khas yang menandakan berakhirnya perjalanan salah satu hot hatch paling berkuasa dalam segmen kompak.

Model itu kini dibuka untuk tempahan dengan pelbagai kelengkapan eksklusif, kemasan khas serta pilihan pakej aerodinamik.

Di Jerman, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Final Edition ditawarkan dengan caj tambahan bermula €6,074.95 (RM28,230) termasuk cukai.

Caj tersebut boleh mencecah sehingga €10,091.20 (RM46,894), bergantung kepada spesifikasi yang dipilih.

Ini termasuk pakej AMG Aerodynamics Package dan pelekat grafik besar 45 S pada bahagian pintu.

Sejak diperkenalkan, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ antara model paling popular dalam kategori hot hatch, dipacu enjin M139 yang masih kekal sebagai enjin turbo empat silinder produksi paling berkuasa di dunia.

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G* Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G*

Malaysia menerima 45 S Edition 1 pada 2020 yang ditawarkan pada harga RM459,888 dan disusuli A 45 S 4MATIC+ pada 2021 dengan harga RM437,673.

Versi naik taraf (facelift) hadir pada 2023 dan ditawarkan pada harga RM509,888. Pasaran tempatan kemudian menerima A 45 S 4MATIC+ Limited Edition pada 2024 dan dijual pada harga RM558,888.

Dua pilihan warna eksklusif

Final Edition ditawarkan dengan dua pilihan warna badan iaitu MANUFAKTUR Mountain Grey Magno dan Night Black, selain menerima pemegang pintu berkemasan Dark Chrome.

Reka bentuk lebih agresif

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G*<br />
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G*Antara ciri eksklusif yang membezakan Final Edition ialah rim tempa AMG bersaiz 19 inci dengan reka bentuk cross-spoke berwarna hitam kusam, lengkap bersama penutup hab roda khas berlogo AMG warna kuning.

Selain itu, ia turut dilengkapi angkup brek AMG Performance berwarna hitam berkilat dengan tulisan “AMG” putih.

Bahagian penutup tangki bahan api pula diberikan kemasan krom perak yang turut menampilkan logo AMG.

Pelanggan juga boleh memilih grafik besar “45 S” berwarna kuning dan hitam pada kedua-dua pintu hadapan dengan garisan putih.

Perumah cermin sisi menerima corak berlian eksklusif AMG bersama kemasan kuning.

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G*

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G*

AMG Night Package sebagai standard

Final Edition didatangkan standard bersama AMG Night Package dan AMG Night Package II. Pakej ini menampilkan perumah cermin sisi serta kemasan luaran berwarna hitam berkilat.

Bagi melengkapkan gaya serba gelap ini, bahagian muncung ekzos, bilah gril hadapan, dan logo model turut diberikan kemasan Dark Chrome.

AMG Aerodynamics Package ditawarkan sebagai pilihan

Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih ekstrem, Mercedes-AMG menawarkan AMG Aerodynamics Package sebagai pilihan.

Komponen yang dibangunkan menerusi ujian terowong angin itu merangkumi bibir bampar hadapan lebih besar, flics tambahan pada bampar hadapan, serta spoiler bumbung hitam berkilat.

Selain itu, ia turut dilengkapi elemen pemisah aliran udara pada bampar belakang serta bilah diffuser berwarna hitam berkilat.

Menurut Mercedes-AMG, pakej itu bukan sahaja meningkatkan penampilan ala litar, malah membantu meningkatkan kestabilan ketika dipandu pada kelajuan tinggi.

Kabin dengan sentuhan kuning eksklusif

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G*

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G*

Bahagian dalaman turut menerima pelbagai kemasan khas.

Tempat duduk AMG Performance dibalut gabungan kulit tiruan ARTICO dan mikrofiber MICROCUT berwarna hitam, dipadankan dengan jahitan kontras kuning.

Perehat kepala hadapan pula menampilkan sulaman “45 S”, manakala konsol tengah menerima plak “45 S Final Edition”.

Stereng AMG Performance dibalut kulit Nappa dan mikrofiber MICROCUT dengan jahitan kuning, dipadankan bersama kemasan aluminium bercorak AMG dan logo AMG berwarna kuning.

Ambang pintu AMG berwarna hitam dengan logo kuning serta alas kaki AMG bertulis “45 S” bersama jahitan kuning melengkapkan sentuhan eksklusif model edisi khas itu.

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G*

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G*

Enjin M139 kekal dengan 421 hp

Dari aspek mekanikal, Final Edition masih mengekalkan trenkuasa sama seperti A 45 S 4MATIC+ standard.

Enjin 2.0 liter turbo empat silinder M139 yang dipasang secara manual mengikut falsafah “One Man, One Engine” menghasilkan kuasa 421 hp dan tork maksimum 500 Nm.

Kuasa disalurkan ke empat roda menerusi transmisi klac berkembar AMG SPEEDSHIFT DCT-8G lapan kelajuan. Ia dipadankan dengan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+.

Sistem ini turut dilengkapi teknologi AMG TORQUE CONTROL untuk mengagihkan tork secara individu ke roda belakang, sekali gus meningkatkan tahap cengkaman dan pengendalian.

Hasilnya, A 45 S 4MATIC+ Final Edition mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh hanya 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 270 km/j yang dihadkan secara elektronik.

Mengikut piawaian WLTP, penggunaan bahan api berada antara 9.0 hingga 9.2 liter bagi setiap 100 km.

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | Kraftstoffverbrauch kombiniert (WLTP): 9,2–9 l/100 km | CO2-Emissionen kombiniert (WLTP): 209–205 g/km | CO₂-Klasse: G*

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G;Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ | combined fuel consumption (WLTP): 9.2–9 l/100 km | combined CO2 emissions (WLTP): 209–205 g/km | CO₂ class: G*

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here