
Boon Siew Honda (BSH) rasmi memperkenalkan Honda ADV 160 (2026) ke pasaran tempatan menerusi empat pilihan warna badan iaitu :
- ADV160 Honda RoadSync (Brown & Matte Gray) : RM13,649
- ADV160 ABS (Gray & White) : RM13,249
Kedua-dua varian menggunakan enjin 157cc Enhanced Smart Power+ (eSP+) yang menghasilkan kuasa 11.8kW @ 8,500rpm dan tork 14.7Nm @ 6,500 rpm. Di samping itu, janakuasa berkenaan juga mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan 5-bintang MyMAP.

Honda ADV 160 didatangkan dengan ciri peralatan Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Brek (ABS), penghadang angin boleh laras, sistem lampu LED, Sistem Kunci Pintar Honda, slot pengecas USB Type C, ruangan simpanan bawah pelana 30 liter dan suspensi belakang dengan tabung Showa.
Menurut BSH, saiz tangki minyak 8.1 liter mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 350km.
Bagi mereka yang memilih varian ADV160 Honda RoadSync, ia didatangkan dengan meter TFT 5.5-inci. Aplikasi berkenaan membolehkan sambungan ke telefon pintar dengan akses kepada navigasi, muzik, panggilan telefon dan mesej.
Skuter berkenaan akan berada di pusat jualan Honda Impian X dan wakil jualan sah bermula 11 Jun dengan tawaran waranti pengilang selama 2-tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).
GALERI






























