Utama Berita Automotif JETOUR T1 gabungan praktikaliti, teknologi dan keselamatan

JETOUR T1 gabungan praktikaliti, teknologi dan keselamatan

4

JETOUR Malaysia secara rasmi mengumumkan tempahan bagi model terbaharu, JETOUR T1.

SUV moden ini dibangunkan khusus untuk memenuhi gaya hidup pemandu di Malaysia yang mengutamakan keseimbangan antara praktikaliti, keselesaan dan teknologi pintar dalam satu pakej lengkap.

Pengenalan T1 memperkukuh barisan produk JETOUR di pasaran tempatan, dengan memberi penekanan terhadap pengalaman pemanduan lebih terhubung serta fleksibiliti untuk penggunaan harian dan perjalanan hujung minggu.

JETOUR T1 ditawarkan dalam dua pilihan rangkaian kuasa:

1.5L TGDi 2WD

  • Enjin 1.5L Turbo Direct Injection
  • Transmisi Dwi-Klac 7-Kelajuan (7DCT)
  • Menawarkan pemanduan lancar dan responsif untuk kegunaan urban

2.0L TGDi XWD

  • Enjin 2.0L Turbo berprestasi tinggi
  • Sistem Pacuan Semua Roda Pintar (XWD)
  • Dilengkapi 7+X mod pemanduan untuk adaptasi pelbagai permukaan jalan

Model T1 didatangkan dengan empat pilihan warna:

  • Khaki White
  • Aviation Silver
  • Sand Gold
  • Carbon Black

Anggaran harga jualan adalah seperti berikut:

  • 1.5L TGDi 2WD: RM143,800*
  • 2.0L TGDi XWD: RM153,800*

Ruang kabin T1 menampilkan reka bentuk kontemporari dengan kelengkapan berbeza mengikut varian:

Varian 1.5L TGDi 2WD

  • Skrin infotainmen terapung 12.8 inci
  • Sistem audio 8 pembesar suara
  • Tempat duduk balutan kulit sintetik
  • Kerusi pemandu larasan kuasa elektrik
  • Sistem pencahayaan ambien

Varian 2.0L TGDi XWD

  • Skrin infotainmen lebih besar, 15.6 inci
  • Sistem audio premium SONY 9 pembesar suara
  • Bumbung suria panoramik
  • Kerusi pemandu dengan fungsi memori
  • Pencahayaan ambien 64 warna

Dari aspek keselamatan, JETOUR T1 dilengkapi ciri komprehensif termasuk

  • 6 beg udara SRS
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2
  • sistem kamera panoramik 360 darjah.

Model ini telah memperoleh penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan 87.67 mata di bawah protokol penilaian 2021–2025, membuktikan komitmen JETOUR terhadap keselamatan penumpang.

Pembukaan tempahan JETOUR T1 menandakan satu langkah strategik JETOUR Malaysia dalam memperluas pegangan pasaran SUV tempatan.

Dengan kombinasi reka bentuk berkarakter, teknologi terkini, ciri keselamatan bertaraf 5-bintang dan penentuan harga yang kompetitif, T1 dijangka menjadi antara pesaing utama dalam segmennya bagi tahun ini.

Tempahan kini boleh dibuat di semua bilik pameran sah JETOUR Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here