Utama Berita Automotif Subsidi 200L Tak Cukup? SUV Chery PHEV Ada Jawapannya! 

Subsidi 200L Tak Cukup? SUV Chery PHEV Ada Jawapannya! 

9

Kos perjalanan kini menjadi antara perkara yang semakin diberi perhatian oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila isu kuota petrol bersubsidi 200 liter sebulan mula menjadi topik perbualan. 

Namun, persoalan sebenar mungkin bukan sekadar berapa banyak petrol yang diterima, tetapi bagaimana setiap liter bahan api digunakan dengan lebih cekap. 

Di sinilah teknologi Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) mula memainkan peranan.  

Berbeza dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) biasa atau kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya, PHEV menggabungkan kelebihan kedua-duanya dalam satu pakej.  

Ia membolehkan anda memandu menggunakan kuasa elektrik untuk perjalanan harian, sebelum enjin petrol mengambil alih secara automatik apabila diperlukan. 

Hasilnya, anda masih menikmati pengalaman pemanduan seperti biasa tanpa perlu mengubah rutin atau risau mencari pengecas setiap kali ingin melakukan perjalanan jauh. 

Secawan Kopi… atau Memandu Ke Terengganu?

Bagi menggambarkan bagaimana teknologi PHEV mampu membantu mengurangkan kos perjalanan, Chery menggunakan perbandingan yang cukup dekat dengan kehidupan seharian. 

Bayangkan RM4.98. Nilai itu mungkin hanya cukup untuk membeli secawan kopi Americano panas.  

Namun, berdasarkan anggaran penggunaan bahan api 5.0L/100 km, jumlah yang sama juga boleh mewakili kos perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menggunakan SUV PHEV dari Chery. 

Begitu juga dengan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru yang dianggarkan sekitar RM32.84, iaitu hampir menyamai harga sepinggan nasi beriani kambing. 

Malah, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu pula dianggarkan sekitar RM41.79, bersamaan kira-kira harga dua hidangan nasi popular Pantai Timur. 

Analogi tersebut memberi gambaran bagaimana sistem Chery Super Hybrid (CSH) direka untuk membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga tanpa menjejaskan keselesaan pemanduan. 

PHEV Yang Tidak Mengganggu Gaya Hidup Pemanduan 

Salah satu kelebihan utama PHEV ialah fleksibiliti. 

Untuk perjalanan harian seperti ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau membeli-belah, pengguna boleh memanfaatkan kuasa elektrik bagi membantu mengurangkan penggunaan petrol. 

Apabila bateri semakin berkurangan atau perlu memandu lebih jauh, enjin petrol akan mengambil alih dengan lancar.  

Ini bermakna perjalanan pulang ke kampung, bercuti bersama keluarga atau tugasan luar bandar masih boleh diteruskan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada rangkaian pengecas awam. 

Pendek kata, teknologi PHEV membolehkan anda menikmati manfaat elektrifikasi tanpa mengubah gaya hidup pemanduan yang sudah menjadi kebiasaan. 

Chery TIGGO 7 PHEV CSH – SUV Pintar Untuk Keluarga Anda 

Bagi mereka yang ingin beralih kepada teknologi PHEV, Chery TIGGO 7 PHEV CSH menawarkan pakej yang lengkap dalam sebuah SUV lima tempat duduk. 

Model ini menggunakan enjin 1.5L TGDi yang digandingkan bersama motor elektrik untuk menghasilkan kuasa gabungan 279 PS dan tork maksimum 365 Nm, dipadankan dengan transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) serta sistem pacuan roda hadapan (FWD). 

Bateri berkapasiti 18.3 kWj pula membolehkan pemanduan elektrik sehingga 90 km, menjadikannya sesuai untuk kebanyakan perjalanan harian.  

Apabila perlu dicas, pengecasan pantas DC hanya mengambil masa sekitar 19 minit untuk mengecas bateri daripada 30 hingga 80 peratus, manakala pengecasan AC mengambil kira-kira tiga jam. 

Turut disediakan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) 3.3 kW, membolehkan tenaga daripada bateri digunakan untuk membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik tertentu ketika berkelah atau melakukan aktiviti luar. 

Lebih menarik, semua teknologi ini ditawarkan pada harga bermula RM109,800**. 

Chery TIGGO 8 PHEV CSH – Lebih Luas, Lebih Serba Boleh 

Bagi keluarga yang memerlukan lebih banyak ruang, Chery TIGGO 8 PHEV CSH menawarkan konfigurasi tujuh tempat duduk tanpa mengorbankan kecekapan. 

Ia menggunakan sistem rangkaian kuasa yang sama dengan kuasa gabungan 279 PS, tork 365 Nm, bateri 18.3 kWj serta jarak pemanduan elektrik sehingga 90 km. 

SUV ini turut menyokong pengecasan pantas DC 30 hingga 80 peratus dalam hanya 19 minit, fungsi V2L 3.3 kW, tangki bahan api 60 liter serta mod pemanduan Eco, Normal dan Sport, memberikan fleksibiliti mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan. 

Dengan dimensi lebih besar dan ruang kabin tiga baris, TIGGO 8 PHEV CSH sesuai untuk mereka yang kerap membawa ahli keluarga atau melakukan perjalanan jauh. 

Harga pula bermula daripada RM138,800**. 

Teknologi Lebih Maju, Harga Lebih Mudah Dimiliki 

Suatu ketika dahulu, teknologi PHEV sering dikaitkan dengan model premium yang mahal. Kini, teknologi elektrifikasi boleh dimiliki pada harga yang lebih mudah dicapai. 

Dengan pilihan TIGGO 7 PHEV CSH bermula RM109,800** dan TIGGO 8 PHEV CSH bermula RM138,800**, pengguna kini mempunyai pilihan SUV yang bukan sahaja luas dan padat dengan teknologi, malah membantu menjadikan penggunaan bahan api lebih cekap tanpa mengubah gaya hidup pemanduan. 

Seperkara lagi, semua model PHEV Chery ditawarkan dengan waranti bateri lanjutan percuma 10 tahun atau 200,000km. 

Jika anda sedang mempertimbangkan SUV baharu, mungkin inilah masanya untuk melihat sendiri bagaimana teknologi Chery Super Hybrid (CSH) mampu memberikan keseimbangan antara prestasi, praktikaliti dan kecekapan dalam kehidupan seharian. 

Bagi merasai keselesaan, kecanggihan dan keistimewaan sistem PHEV CSH, anda dijemput untuk berkunjung ke bilik pameran Chery berhampiran. 

*Anggaran kos perjalanan yang dipaparkan adalah berdasarkan penggunaan bahan api 5.0L/100 km dan digunakan sebagai ilustrasi.  

**Harga tertakluk pada Terma dan Syarat dan sementara stok masih ada. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here