Pelaksanaan ST 8 peratus, pengguna berdepan kenaikan kos selang servis dan insurans

422

Dalam Bajet 2024, Kerajaan Malaysia menaikkan cukai perkhidmatan (ST) kepada 8-peratus ketimbang enam peratus.

Perkhidmatan bercukai yang melibatkan automotif tergolong di bawah kumpulan G meliputi pekerjaan pusat-pusat servis dan membaiki kenderaan bermotor, ruang letak kereta serta ejen penghantaran.



Penguatkuasaan ST bermula 1 Mac itu bakal menyaksikan kenaikan kos operasi melibatkan perkhidmatan servis kenderaan yang mana kenaikan melibatkan pada caj buruh.

Misalnya caj buruh selang servis Honda CR-V (2023) pada 10,000km adalah RM67.50 dengan caj ST sedia ada adalah RM4.50. Selepas ST baharu pemilik perlu membayar RM5.40 iaitu kenaikan sekitar 90 sen.

Bagi pemilikan selama 5 tahun, Honda Malaysia menawarkan caj buruh percuma bagi lima kali selang servis.

Namun, kenaikan ST tersebut bakal memberi impak signifikan kepada bengkel dan perkhidmatan selepas jualan.

Menurut Penganalisis Ekonomi DagangNews, Johardy Ibrahim, kenaikan 2 peratus tidak begitu memberi impak besar pada jualan kenderaan. Tetapi dampaknya adalah pada barisan belakang yang cukup penting kepada jenama kereta iaitu servis selepas jualan. 

“Misalnya alat ganti, minyak hitam. Biasanya komponen ini akan diservis pada masa sama dan di situ akan ‘sakit poket’.

“Ini berkait operator bengkel bebas. Francais jenama seperti pusat 4S lazimnya ‘cermat’ dalam menaikkan harga kerana reputasi jenama boleh terjejas jika melampau.

Bahkan, Jorhardy mengakui jarang sekali pengeluar akan ‘menyerap kos’ kenaikan yang dialami yang mana akan ditanggung oleh pelanggan.

Bagaimanapun, buat masa ini kesan kenaikan ST pada harga barangan automotif masih belum dapat dipastikan.

Di samping berdepan kos selang servis yang meningkat, pemilik kenderaan juga bakal berdepan kenaikan harga perkhidmatan insurans dan takaful susulan pelaksanaan ST baharu.

PROTON KELUAR MEMO HARGA BAHARU

Baru-baru ini, pihak Pembiayaan Strategik dan Insurans, Bahagian Sokongan Rangkaian Proton menyatakan harga servis kereta keluaran syarikat tersebut bakal mengalami kenaikan harga susulan ST baharu.

Memo bertarikh 16 Februari itu menyatakan kerajaan melaksanakan kenaikan ST dari kadar 6 peratus hingga 8 peratus bermula 1 Mac 2024.
 
Justeru itu, pada 1 Mac bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, Proton FLAS akan ditutup sementara bagi melaksanakan perubahan SST dan semua sebut harga sebelum 29 Februari 2024 akan menjadi tidak sah atau tamat tempoh bagi menghindari percanggahan dalam pengiraan premium.
 
Proton akan mengeluarkan semula sebut harga bermula 1 Mac dan seterusnya bagi menampung kadar ST baharu.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here