
Bagi meringankan kos pemilikan kenderaan, Proton memperkenalkan Kempen Servis Ihsan MADANI di semua pusat servis sah jenama berkenaan seluruh negara bermula 11 September hingga 11 November 2025.
Menerusi kempen tersebut, pemilik model Proton Persona, Iriz, Exora, dan Saga (PIES) dapat menikmati pakej servis asas pada harga promosi tetap sebanyak RM145 bagi Pakej Semi-Sintetik dan RM198 untuk Pakej Sintetik Penuh.
Ia menawarkan diskaun hingga 30 peratus daripada kadar biasa.
Pelanggan juga layak menerima pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma melibatkan komponen penting seperti brek, bateri, pengelap cermin serta pemeriksaan kritikal lain.
Pengarah Selepas Jualan Proton Edar, Wan Hazran Wan Mustafa berkata pelanggan dapat menikmati pakej servis yang sangat berpatutan, malah lebih murah berbanding di bengkel bebas.
“Selain itu, kami turut melaksanakan pemeriksaan keselamatan 40 mata secara percuma demi ketenangan fikiran pelanggan. Proton sentiasa komited memberikan kepuasan kepada pelanggan,” katanya.
ARTIKEL LAIN
Sasar tambah baik kualiti pengeluaran, Proton selesai 1,005 isu kualiti pasaran sepanjang 5-tahun