Bugatti klon ini dihasilkan oleh syarikat pengeluar vakum dari China

6

Tidak lama lagi, anda mungkin boleh mendapatkan sebuah Bugatti pada harga yang lebih mampu milik untuk diletakkan dalam garaj idaman. 

Disifatkan sebagai kereta paling pantas di dunia, ‘Bugatti’ klon ini sebenarnya merupakan kereta yang bakal diproduksikan oleh syarikat pengeluar vakum dari China, iaitu Dreame.

Besar kemungkinan ia tidak akan berkongsi platform dengan mana-mana model Bugatti.

Namun, rekaan luarannya jelas kelihatan mengambil inspirasi daripada hypercar Bugatti seperti jeriji kasut kuda dan motif C pada kiri dan kanan kereta.

Sekurang-kurangnya, ruang kabin hypercar elektrik ini menampilkan rekaan asli tanpa meniru model Bugatti, dengan kehadiran skrin tengah yang agak besar, serta skrin tambahan yang terletak pada konsol tengah yang lebar dan tinggi.

Menurut laporan CarNewsChina, Dreame turut meneroka lokasi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai kilang pemasangan termasuklah di kawasan bersebelahan Tesla Gigafactory di Berlin, Jerman.

Seperti yang disebutkan tadi, hypercar Dreame akan menjadi sebuah EV tulen dan tidak menampilkan bantuan enjin seperti yang wujud pada Chiron (enjin W16) dan Tourbillon (V12 hibrid).

Laman media China turut melaporkan model prototaip fizikal jentera ini akan dipamerkan buat kali pertama di acara pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, tahun hadapan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here