
Pelanggan dan pemilik kenderaan Isuzu di sekitar Lembah Klang kini mempunyai sebuah lagi mercu tanda baharu yang akan memudahkan mereka membeli dan menyelenggara kenderaan Isuzu melalui pembukaan Pusat 3S Isuzu Autoexec Corporation.
Terletak di Jalan Tun Razak dan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, cawangan baharu itu menawarkan lokasi yang mudah dan selesa untuk pelanggan mencari kenderaan Isuzu yang ideal, sama ada dari barisan trak pikap atau trak komersial.
Pembukaan Pusat 3S Isuzu Autoexec Corporation Jalan Tun Razak yang baharu ini juga menandakan perpindahan serta pengembangan operasi dari cawangan 1S di Jalan Semarak ke premis baharu yang lebih besar.

Ini adalah cawangan ketiga Isuzu yang dikendalikan Autoexec Corporation di Kuala Lumpur.
Majlis perasmian cawangan itu dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, bersempena pengenalan barisan trak pikap Isuzu D-Max 2.2-liter turbodiesel baharu.
Berucap dalam majlis itu, Yamaguchi menyatakan komitmen Isuzu untuk menawarkan produk yang bukan hanya memenuhi, bahkan melebihi keperluan pelanggan.
“Pembukaan Pusat 3S Isuzu baharu dengan identiti korporat terkini dijangka akan meningkatkan lagi kehadiran Isuzu, sekali gus meningkatkan minat terhadap barisan produk kami yang mempunyai tarikan khusus bagi pengguna di kawasan bandar.
“Saya percaya kenderaan Isuzu turut mampu memenuhi keperluan pengguna urban,” kata Yamaguchi.
Menampilkan bilik pameran baharu dengan ruang pamer utama, ruang serahan kenderaan pelanggan, ruang menunggu serta sudut cenderahati, cawangan baharu ini hadir dengan kemudahan lebih lengkap.

Semua ini bagi memberi pengalaman moden serta canggih kepada pelanggan dengan turut menampilkan teknologi digital dan maya terkini.
Cawangan ini juga menawarkan sokongan lepas jualan untuk semua kenderaan Isuzu, termasuk trak pikap dan juga trak komersial.
Pembukaan Pusat Isuzu 3S Autoexec Corporation yang baharu ini juga sangat bertepatan dengan pengenalan model Isuzu D-Max dengan enjin 2.2 liter turbodiesel baharu yang turut menawarkan varian Single Cab Automatic yang pertama di Malaysia.
Ini menjadikan semua model Isuzu yang ditawarkan dalam pasaran ketika ini — sama ada D-MAX, ELF, FORWARD atau GIGA — hadir dalam pilihan kotak gear manual atau automatik untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan.
Dengan bilik pameran yang dibuka setiap hari, pelanggan digalakkan untuk mengunjungi Pusat Isuzu 3S Autoexec Corporation baharu ini bagi merasai dan mendekati sendiri kenderaan Isuzu idaman, terutamanya barisan trak pikap Isuzu D-Max 2.2 liter turbodiesel lapan-kelajuan baharu yang menawarkan prestasi, keselesaan serta penjimatan bahan api yang unggul.

Operasi lepas jualan tersedia dari Isnin hingga Sabtu bermula 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
Ruang servis yang tersedia pula boleh memuatkan sebuah trak komersial dan sebuah trak pikap serentak.
Pusat Isuzu 3S Autoexec Corporation yang baharu ini terletak di 21, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.































