Utama Berita Automotif ISUZU lancar ‘Truck For Life’ bantu Pusat Darah Negara

ISUZU lancar ‘Truck For Life’ bantu Pusat Darah Negara

4

ISUZU Malaysia Sdn Bhd (ISUZU) melancarkan kempen derma darah ‘Truck for Life‘ sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi tahun 2026.

Ia juga adalah tanda sokongan terhadap usaha Pusat Darah Negara Malaysia untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi kegunaan hospital dan pesakit di seluruh negara.

Inisiatif ‘Truck for Life’ akan menjelajah ke seluruh negara dan singgah di lokasi pengedar ISUZU bagi memudahkan pelanggan, pekerja serta masyarakat setempat untuk menderma darah.

Dengan sokongan daripada pengedar ISUZU di seluruh negara, kempen ini dijangka meliputi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, dan akan bermula pada suku kedua 2026.

Ketua Pegawai Operasi ISUZU, Masashi Nuijma berkata, usaha ini mencerminkan komitmen ISUZU untuk menyumbang secara bermakna kepada komuniti.

“Selama bertahun-tahun, ISUZU telah melaksanakan pelbagai inisiatif CSR bertujuan untuk menyokong komuniti dan mewujudkan impak sosial yang positif.

“Tahun ini, kempen derma darah ‘Truck for Life’ 2026 adalah satu daripada usaha membantu Pusat Darah Negara menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia tampil ke hadapan sebagai penderma darah,” katanya.

Kempen ini sudah berlangsung di ibu pejabat ISUZU di Damansara Uptown, Petaling Jaya, dan berjaya mengumpul 15 liter darah dalam tempoh satu hari.

Ia sekali gus menandakan permulaan yang baik bagi inisiatif di peringkat kebangsaan.

Susulan pelancaran tersebut, kempen ‘Truck for Life’ akan meneruskan jelajahnya bersama rangkaian pengedar ISUZU di seluruh negara.

Dalam pada itu, Pusat Darah Negara menyeru orang ramai tampil sebagai penderma darah bagi memastikan rizab darah sentiasa tersedia menampung keperluan ketika kecemasan, pembedahan dan rawatan perubatan.

Secara purata, antara 15,000 hingga 17,000 beg darah diperlukan untuk memenuhi keperluan harian pesakit di seluruh Malaysia.

“Bagi ISUZU Malaysia, kami mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui inisiatif yang bermakna seperti ini,” tambah Nuijima.

“Kepercayaan rakyat Malaysia meletakkan ISUZU sebagai jenama trak No.1 di negara ini selama lebih 14 tahun berturut-turut.

“Melalui kempen ‘Truck for Life’ kami berharap agar lebih ramai orang dapat menyumbang dalam usaha menyelamatkan nyawa, di samping menggeratkan semangat sokongan komuniti.,” kata Nuijima.

Orang ramai yang ingin menyertai kempen menderma darah ini boleh mengikuti maklumat terkini lokasi dan jadual kempen akan datang melalui halaman Facebook ISUZU Malaysia https://www.facebook.com/malaysiaisuzutrucks/.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here