Bajet 2024 : Rebat RM2,400 beli motor elektrik

818

Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah menerusi pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

Inisiatif itu antara lain adalah usaha kerajaan untuk terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat. 

“Kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.



“Bagi menyokong keperluan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Prasarana Malaysia bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta,” katanya.

Selain itu, kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh dua tahun lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here