Bajet 2024 : Peruntukkan RM2.8 bilion selenggara jalan dan jambatan persekutuan

249

Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM2.8 bilion bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan jambatan persekutuan tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata memperuntukkan sejumlah RM300 juta yang dikhususkan kepada kontraktor G1 hingga G4. 

Gambar hiasan

“Kerajaan juga akan memperkasakan khidmat jurutera daerah dengan meningkatkan peruntukkan kepada RM200,00 berbanding RM100,000 untuk 115 jurutera daerah, melibatkan peruntukkan keseluruhan RM30 juta.



“Selain itu, RM100 juta disediakan bagi selenggara lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60 peratus. RM50 juta turut disediakan untuk tujuan sama di kawasan PBT seluruh negara.

“RM50 juta disediakan untuk merawat kawasan kemalangan tinggi antaranya menaiktaraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar di jalan persekutuan bagi membantu mengurai kesesakan lalu lintas,” katanya.

Anwar berkata kerajaan negeri juga harus memanfaatkan sepenuhnya peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) berjumlah RM5.4 bilion yang disalurkan kerajaan Persekutuan bagi memastikan jalan negeri dalam keadaan terbaik untuk kegunaan rakyat.

Beliau berkata aspek keselamatan jalan raya akan terus diberi pertimbangan utama kerajaan setajat Ogos tahun ini, lebih 4,100 jalan berlubang di jalan persekutuan dikenalpasti dan dibaikpulih. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here