Smart #1 bakal lancar bulan depan, nikmati kadar faedah serendah 2.05 peratus

200

Tempahan Smart #1 dibuka bulan lalu dan menurut Pro-Net pelancaran rasmi kenderaan elektrik usahasama Mercedes Benz dan Geely itu bakal berlangsung awal bulan depan.

Pasaran Malaysia didatangkan dengan tiga pilihan varian #1 iaitu Pro, Premium dan Brabus pada harga mula RM200,000 sehingga RM250,000.



Sempena ketibaan model #1 tersebut, Pro-Net juga menjalin kerjasama dengan Affin Bank menerusi tawaran kadar faedah pinjaman sewa beli serendah 2.05 peratus.

Di samping itu, pelanggan terawal juga akan menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui aplikasi Hello Smart. 

Varian Smart #1 Pro menampilkan rim aloi 19-inci daya seretan rendah, bumbung halo panoramik dan bateri LFP 49kWh dengan jarak perbatuan 315km.

Varian Premium pula menawarkan ciri tambahan termasuk CyberSparksLED + Matrix, gril depan bercahaya dan bateri NMC 66kWh. Ia dilengkapi dengan motor tunggal yang berkuasa 200kW dan tork 343Nm serta pacuan roda belakang dengan jarak perbatuan 440km.

Brabus yang merupakan versi tertinggi dipadankan dengan dua motor pacuan semua roda yang berkuasa 315kW dan tork 543Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.9 saat. Manakala  jarak perbatuan adalah 400km.

Ingin pandu uji dan melihat EV tersebut dengan lebih dekat?, kunjungi Smart #1 Urban Drive di Menara Affin, TRX bermula 12 hingga 14 Oktober ini. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here