Pengeluaran enjin CFE ditamatkan

638

Semalam, akaun TikTok @eocmalaysia berkongsi pengeluaran enjin CFE terakhir selepas 12 tahun berada di pasaran.

“Selepas 12 tahun, enjin CFE kini secara rasmi telah ditamatkan pengeluarannya pada hari ini,” tulis akaun tersebut.



Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, Proton Exora yang menggunakan janakuasa tersebut bakal menamatkan perkhidmatannya hujung tahun ini. 

Proton mengambil masa 24 bulan untuk memajukan enjin CFE Campro itu. Enjin CFE Campro pada asasnya adalah variasi prestasi tinggi enjin Campro Proton yang mampu memberikan kuasa tanpa menggunakan enjin yang lebih besar.

@eocmalaysia_official

Selepas 12 tahun, enjin CFE kini secara rasmi telah ditamatkan pengeluarannya pada hari ini. #onthisday #camprocfe #protonexora #mediaeocm #eocmalaysiaofficial #fyp

♬ original sound – @K_AZ – @K_AZ

CFE (Kecekapan Bahan Api Tercas) menghasilkan kuasa seperti sebuah enjin 2.0 liter namun menawarkan penjimatan minyak lebih baik.

Enjin Campro CFE merupakan versi turbo bertekanan rendah dengan penyejuk perantara bagi enjin Campro 1.6 liter dengan tekanan penggalak maksimum 0.75 bar.

Enjin ini digunakan pada model keluaran 2012 menerusi Proton Exora Bold, Preve dan Suprima S.

Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 138 bhp @ 5,000 rpm dan tork 205Nm @ 2,000-4,000rpm. Untuk membolehkan enjin menampung pertambahan kuasa, beberapa perubahan teknikal dilakukan pada enjin.

Sementara lubang enjin dikekalkan pada 76 mm, lejang pula dipendekkan kepada 86 mm berbanding 88 mm seperti pada varian enjin Campro 1.6 liter yang lain.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here