Elon Musk: Caj percuma supercharger Tesla di Israel

271

Pemilik Tesla di Israel boleh mengecas kenderaan secara percuma di stesen Supercharger sehingga diberitahu kelak susulan konflik Israel-Palestin. 

Perkara itu dikongsi Elon Musk di akaun X miliknya menerusi ciapan, “semua pengecas supercharger di Israel adalah percuma.”



Pada masa yang sama, pemilik kenderaan elektrik (EV) Tesla itu juga mengharapkan  bekalan elektrik dan perkhidmatan penting segera dipulihkan di Gaza.

Bagaimanapun, hanya akaun X yang mendapat tanda biru boleh membalas pada ciapan akaun Elon Musk berkenaan.

Stesen pengecasan terpantas Tesla itu mampu membekalkan kuasa sehingga 250kW dan menawarkan perbatuan sehingga 321km dalam hanya 15 minit pengecasan. 

Laman web rasmi Tesla pada masa ini menyenaraikan 17 lokasi Supercharger di Israel. Setakat ini, pembuat EV itu tidak menawarkan pengecasan bagi jenama lain di stesen superchargernya di Israel. 

Lokasi supercharger terletak antara utara Israel berhampiran sempadan dengan Lubnan ke Tel Aviv dan Baitulmaqdis sehingga ke hujung selatan Israel di Eilat di Laut Merah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here