Musk enggan ikut gesaan EU ‘tapis’ ciapan X tentang konflik Israel-Palestin

243

Ketua Perindustrian Kesatuan Eropah (EU), Thierry Breton meminta Elon Musk menangani penyebaran ‘maklumat palsu’ pada saluran media sosial X, susulan konflik di Palestin.

Tindakan itu kononnya bagi mematuhi peraturan kandungan dalam talian EU yang baharu. Tetapi ia ditolak Musk sebagai usaha Barat mengawal penyebaran maklumat mengenai konflik Israel-Palestin mengikut naratifnya.



Breton berkata, beliau mempunyai bukti bahawa X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, digunakan untuk menyebarkan kandungan haram dan maklumat salah mengenai konflik Israel-Palestin di Kesatuan Eropah (EU) .

“Oleh itu, saya meminta anda untuk segera memastikan sistem anda berkesan dan melaporkan langkah-langkah krisis yang diambil kepada pasukan saya,” kata Breton dalam surat kepada Musk.

Musk segera menjawab kenyataan Breton, berkata syarikatnya berpegang teguh pendirian menyediakan sumber berita terbuka lagi telus.

“Sila senaraikan pelanggaran yang anda nyatakan pada X, supaya orang ramai dapat melihatnya,” ciapnya di X.

Breton bagaimanapun enggan membuat tuduhan secara langsung dan sebaliknya berkata, Musk mengetahui apa masalah itu.

“Anda amat mengetahui laporan pengguna anda, mengenai kandungan palsu dan mengagungkan keganasan. Terpulang kepada anda untuk menunjukkan apa yang anda sudah lakukan,” katanya menjawab Musk on X.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here