Tidak patuh lampu merah boleh didenda hingga RM2k atau penjara 6-bulan

804
Tindakan tidak mematuhi lampu isyarat merah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.
 

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berkata, tidak patuh lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama dan sering dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.

“Op Lampu Isyarat Merah telah dilaksanakan serta-merta menerusi Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas,” katanya.
 
Tambah Datuk  Mohd Nasri, mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
 
Pada 28 Julai, JSPT Bukit Aman memaklumkan pelaksanaan enam operasi khas bagi mendidik dan mempertingkat kesedaran kepada pengguna jalan raya meliputi Op Lampu Isyarat Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Halangan Lalu Lintas, Op Garisan Putih, Op Parkir Haram dan kempen Op Didik.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here