Hampir rempuh pejalan kaki, polis tahan pemandu e hailing

31

Pemandu e-hailing yang tular kerana memandu secara melulu dan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah hingga hampir merempuh seorang pejalan kaki di Jalan Sultan Hishamudin, Kuala Lumpur, ditahan polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada jam 8.15 pagi.

Menurutnya, pemandu Perodua Bezza itu dikesan melanggar lampu isyarat merah di lokasi berkenaan dari arah Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka.

“Akibat perbuatan itu, pemandu kereta tersebut hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas di laluan lintasan jalan berkenaan.

“Pemandu itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Bilik Gerakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/0269, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, video kejadian dipercayai berlaku pada Selasa tular di aplikasi TikTok menerusi rakaman berdurasi 32 saat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here