[Video] Wanita hampir dirempuh Perodua Bezza langgar lampu merah

72

Satu rakaman video papan pemuka tular di media sosial menunjukkan sebuah Perodua Bezza melanggar lampu isyarat merah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Lebih membimbangkan, kenderaan itu hampir merempuh seorang wanita yang sedang melintas di laluan pejalan kaki berwarna kuning. 

Wanita yang sedang melintas itu bernasib baik sempat mengelak, walaupun hampir terjatuh akibat terkejut.

@wanalifasyraf_

Ni bukan langgar lampu merah je, dah macam cubaan membunuh 😭

♬ original sound – Wan Alif Asyraf – Wan Alif Asyraf

Kasutnya juga kelihatan tercabut akibat insiden mengejutkan itu. Pemandu Bezza itu dipercayai meneruskan pemanduan tanpa memperlahankan kenderaan atau berhenti.

Kejadian ini mencetuskan kemarahan warganet yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pemandu tersebut.

Ramai yang menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu itu yang bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri, malah juga nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Di samping itu, di ruangan komen akaun TikTok GrabMY berterima kasih kepada orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut  dan berkongsi nombor plat pada syarikat e hailing berkenaan.

“Kami sudah menyerahkan maklumat ini kepada pasukan Kualiti Pemandu kami untuk disemak dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Pada masa yang sama, kami menggalakkan semua orang untuk terus melaporkan pemanduan yang tidak selamat kepada pihak berkuasa, bersama-sama kita boleh membantu menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis tiada pengesahan rasmi bahawa pemandu itu adalah daripada syarikat p-hailing.

ARTIKEL LAIN

Betulke langgar ‘zebra crossing’ boleh kena saman, apa beza warna kuning dan putih?

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here