RFID buat masa ini hanya percubaan untuk memastikan keberkesanan sistem-KKR

492

Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.

Selain itu, tempoh percubaan yang dilaksanakan oleh PLUS itu bagi membuktikan teknologi berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di lebuh raya.



Perkara ini dinyatakan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di Parlimen.

“Sebab itu tempoh percubaan ini adalah kritikal untuk kita mengenal pasti daripada segi teknologi, pentadbiran, perundangan serta kelancaran ataupun efisiensi sistem yang ada tidak akan membebankan rakyat dan pengguna lebuh raya itu sendiri.

“Itulah yang sedang kita lihat dan perincikan di peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya,” kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya lagi, pembekal perkhidmatan bagi kedua-dua sistem pembayaran tol itu adalah berbeza maka teknologi serta ‘reader’ (pengesan teknologi) juga tidak sama. Manakala, harga RM35 itu merangkumi kos tag, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.

Namun kerajaan telah meminta supaya pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd untuk mengkaji semula kos itu bagi tujuan mengurangkan harga jualan.

“Jika diletakkan dalam satu lorong, ia akan menyebabkan kecelaruan untuk mengenal pasti sistem tag yang digunakan maka disebabkan itu, mereka mengasingkannya.

“Pelaksanaan sistem kutipan tol dengan menggunakan teknologi RFID pada masa ini adalah pilihan pengguna di samping pihak lebuh raya masih mengekalkan mod pembayaran lain seperti kad Touch ‘n Go dan SmartTag.

“Kementerian sentiasa mengkaji dan meneliti pilihan yang sesuai bagi memastikan kemudahan pengguna dalam melaksanakan transaksi tol di lebuh raya diutamakan,” katanya menambah pengenalan RFID selaras hasrat kerajaan untuk beralih kepada sistem kutipan tol secara Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here