Utama Berita Automotif Berita Tempatan Kerajaan minta harga RFID dikurangkan, RM35 perlu dikaji semula

Kerajaan minta harga RFID dikurangkan, RM35 perlu dikaji semula

646

Kerajaan meminta syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG Sdn Bhd) untuk mengurangkan harga jualan Identtifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu, syarikat itu merupakan penyedia perkhidmatan bagi sistem kutipan tol di semua lebuh raya di Malaysia, di mana urusan pelantikan kontraktor dan pembekal tag RFID diuruskan sepenuhnya oleh mereka.
Pada hari ini, tag RFID berkenaan dijual pada harga RM35 – yang mana agak tinggi, selain beberapa pengguna turut melaporkan ia mudah boleh rosak kerana terdedah pada bahagian luar.
 

Mengulas lanjut, menteri menyatakan kos yang terlibat adalah merangkumi kos tag RFID berkenaan sendiri, pemasangan tag, sistem dan juga pengoperasian.



Namun, seperti semua sedia maklum, pemasangan tag kini dilakukan sendiri oleh pengguna, yang mungkin membolehkan harga tag berkenaan dikurangkan lagi.

Penggunaan tag RFID pada Lebuhraya Utara Selatan telah dimulakan secara meluas sebelum ini, yang membuatkan ramai tidak selesa dengan kos terlibat untuk tag RFID berkenaan – disamping sistem yang dilihat kurang lancar apabila melaluinya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here