Pelakon Zara Zya sambar Porsche 718 Boxster bernilai lebih RM400k?

2641

Pelakon popular Zara Zya, yang merupakan pelakon utama drama Love You Mr. Arrogant itu dikatakan membeli sebuah kereta jenama Porsche 718 Boxster.

Perkara itu dapat diketahui selepas seorang individu dikenali sebagai AnwarShah06 memuat naik sekeping gambar dia dan Zara bersama kereta tersebut di laman Instagram.



Namun, perkara itu juga dapat disahkan apabila Zara yang turut memuat naik video di pautan Instastory yang memamparkan dia sedang berada di dalam kenderaan mewah berkenaan dan menjelaskan itu merupakan impiannya.

Untuk pengetahuan, nama 718 Boxster dipilih sebagai tribute kepada kereta lumba 718 yang lahir pada tahun 1953. Ia digeruni sepanjang 1960-an dengan lebih 1,000 kemenangan di seluruh dunia iaitu dari Sebring ke Targa Florio dan seterusnya ke Le Mans.

Tumpuan utama model ini adalah enjin turbo empat silinder dalam susunan ‘boxer’ yang baru dibangunkan. Varian 718 Boxster dikuasakan oleh enjin berkapasiti 2.0 liter yang menghasilkan 300 hp dan 380 Nm.

718 Boxster mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat dengan kelajuan maksimum mampu mencapai 275 km/j. Dari segi harga ia dianggarkan berharga lebih RM400,000 di pasaran tempatan tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here