Kapal kargo yang terbakar bawa beribu kereta, termasuk Porsche, Audi, dan Bentley, karam di Atlantik

3400

Sebuah kapal kargo yang terbakar ketika mengangkut beribu-ribu kenderaan Volkswagen Group merentasi Atlantik pada Februari karam pada Selasa, menurut kenyataan pengendalinya.

Felicity Ace karam sekitar 9 pagi waktu tempatan di luar pantai Portugal, kata pengendalinya, Mitsui OSK Lines (MOL) yang berpangkalan di Singapura, pada Selasa. 

Kapal itu mengangkut hampir 4,000 kenderaan dari Jerman ke sebuah pelabuhan di Rhode Island apabila kebakaran berlaku pada 16 Februari.



Gambar FB: Marinha Portuguesa

Jurucakap Porsche mengesahkan bahawa kira-kira 1,100 kenderaan jenama itu turut berada di dalamnya. Volkswagen Group Jerman juga menjual kenderaan di AS di bawah jenama Lamborghini dan Volkswagen.

Menurut MOL, Felicity Ace kekal hanyut, terbakar, selama beberapa hari sebelum kapal pemadam kebakaran tiba untuk memadam kebakaran.

Pada 25 Februari, krew penyelamat mula menunda kapal itu ke kawasan selamat. Felicity Ace tumbang dan tenggelam sebelum sampai ke destinasinya.

Insiden berkenaan akan menyebabkan Volkswagen Group dianggarkan mengalami kerugian mencecah AS$155 juta (RM651 juta). Kerugian itu bagaimanapun dilindungi insurans.

Sejak tahun 2002, sekurang-kurangnya lapan insiden besar melibatkan kapal kontena dan kereta rosak berlaku.

Pada tahun 2019, kapal Grande America yang dalam perjalanan ke Brazil karam bersama 37 unit Porsche di dalamnya. Ia turut membabitkan empat unit 911 GT2 RS bernilai kira-kira AS$800,000 (RM3.3 juta) seunit.  

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here