Berita baik untuk orang Kelantan, JPJ buka siri nombor pendaftaran ‘DEH’

1066

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan berita baik untuk rakyat negeri Kelantan, dengan membuka bidaan bagi siri nombor pendaftaran ‘DEH’.

Perkara tersebut dimuatnaik menerusi hantaran di laman rasmi Facebook JPJ.



Ia akan dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula 17 hingga 21 Mac ini dan tarikh keputusan bidaan pula akan diumumkan pada 22 Mac ini.

Siri nombor pendaftaran ‘DEH’ sudah semestinya ditunggu-tunggu bagi rakyat di Kelantan, walaupun dianggap biasa bagi orang lain.

Dalam loghat kelantan ada beberapa bunga bahasa yang unik dan menarik yang kerap digunakan dalam perbualan seharian mereka, antaranya adalah DEH yang bermaksud lebih kurang “OK”  bagi akhir kata untuk mencapai persetujuan atau mintak izin.

Bidaan siri nombor berkenaan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here