[Video] Lagi pemandu buat hal guna SmartTag lalu lorong RFID, sengaja atau tak perasan?

1295

Kejadian pemandu tidak bertanggungjawab yang sengaja mengikut rapat kenderaan di depan bagi mengelak membayar tol beberapa kali dipaparkan di media sosial. 

Terbaru, tular sebuah video menunjukkan pemandu Honda yang cuba mengekori rapat kenderaan depan sebaik tiba di pondok tol di sebuah lebuh raya. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui. 



Menerusi perkongsian video di Facebook, DashCam Owners Malaysia, laluan yang digunakan merupakan RFID dan boleh dilihat dia menggunakan SmartTag.

Namun sebaiknya palang tol dibuka, ia dilihat seperti ingin memecut tetapi gagal melepasi palang tol tersebut. Bagaimanapun, tindakan pemandu Honda itu mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Seharusnya dia bersedia di lorong Touch N Go atau di laluan SmartTag terlebih dahulu agar tidak menyusahkan pemandu lain yang terkandas disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab itu. 

Selain itu, orang ramai yang beranggapan tindakan itu hanya sebagai alasan untuk tidak ingin membayar tol dan menggunakan alternatif itu sebagai alasan.

“Patut kau zoom terus ke muka dia bang. Baru nmpak wajah penyesalan.”

“Sentap terasa nyah. Aku kerja sebulan sekali site visit. December tak gi sebab kena banjir. Minggu lepas balik site job lalu tol Jalan Duta. Jimbet baru tau 2 hujung kanan tu RFID sahaja. Bangkai tol hujung2 baru nampak.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here