Tangan tersangkut celah lubang brek tangan, wanita ini terpaksa panggil bomba…

1597

Semalam tular sebuah video yang menunjukkan seorang wanita meminta  bantuan bomba selepas tangan kiri tersangkut di celah lubang brek tangan.

Menerusi perkongsian video akaun Tiktok @dayahlawa memaparkan dua orang abang bomba membantu mengeluarkan tangan mangsa.



Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila wanita berkenaan ingin mengambil kad bank yang terjatuh di kawasan berkenaan.

“Saya parkir kereta tepi jalan nak keluarkan kad bank lepas itu terjatuh celah lubang bawah brek tangan,” katanya.

Namun, lain pula yang berlaku tangan kirinya tersekat tidak dapat dikeluarkan sehingga dia perlu membuat panggilan kecemasan untuk mendapatkan pertolongan.

Dalam masa yang sama, wanita ini juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana membantunya.

“Pertama kali call 999 sebab tangan tersangkut.. pengalaman pertama dan agak memalukan.. nak buat macam mana kita pun tak minta nak jadi.. thankyou abang2 bomba yang cukup sporting.. adoii maluu oii” katanya.

Rata-rata orang ramai turut berkongsi kisah mereka mengalami situasi sama serta menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang lucu. 

@dayahlawa

Adoiii malu ooii🤣🤣🤣😜#fypシ #sekalisekalafyp

♬ suara asli – metzbellamy – metzbellamy

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here