Mahu kerja dengan Ferrari? Perlu patuhi 5 syarat ini….

1262

Sebagai salah sebuah syarikat automotif yang eksklusif di dunia, tawaran untuk mendapatkan pekerjaan di Ferrari pasti menarik.

Tentunya sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kualiti, bukan mudah melepasi jabatan sumber manusia jenama tersebut dan perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pengeluar supercar tersebut mempunyai operasi standard ketat yang perlu dipatuhi. Berikut lima peraturan yang ditetapkan Ferrari dan perlu diikuti pekerja:



5. Penyelia Yang Efektif

Seperti mana syarikat automotif lain, peranan penyelia begitu penting dalam melaksanakan strategi operasi.

Ferrari mengutamakan penyelia yang boleh mendorong kakitangan untuk menjalankan tugas secara lebih efektif dan sentiasa positif walaupun dalam keadaan tertekan.

4. Pekerja Tidak Boleh Beli Ferrari

Mungkin ini salah satu peraturan syarikat yang paling tidak masuk akal. Peraturan ini diwujudkan bagi memastikan pelanggan mempunyai peluang yang saksama untuk mendapatkan model baharu.

Di Ferrari hanya dua kakitangan yang boleh membeli supercar berkenaan iaitu pemandu Formula Satu (F1) iaitu Charles Leclerc dan Carlos Sainz Jr.

3. Tiada Diskaun Pekerja

Syarat ini berkaitan dengan dua insan yang disebutkan di atas, mereka perlu membeli Ferrari pada harga jualan tanpa sebarang diskaun.  Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan ​​mengkritik Ferrari.

2. Tiada Kenyataan Umum

Sama seperti Lamborghini, Ferrari menyimpan ketat maklumat syarikat. Pekerja tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan umum. Sebarang komen perlu dibuat melalui pihak yang layak. Peraturan ini tetap terpakai walaupun selepas meninggalkan syarikat.

1. Tidak Mengkritik Jenama

Peraturan ini kebiasaannya turut digunakan hampir di semua syarikat yang mana pekerja tidak boleh mengkritik produk Ferrari dan produk pesaing.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here