Jika mahu kerja dengan Lamborghini, kena patuh 15 syarat ini…

5397

Lamborghini merupakan salah satu jenama supercar mewah di bawah Volkswagen Group.  Tahukah anda hanya ada dua buah kilang Lamborghini di dunia yang mana salah satunya di Sant’Agata Bolognese, Itali.

Lamborghini juga cemerlang dalam pengurusan sumber manusia dan sepanjang 2019, pengeluar Itali itu diiktiraf sebagai ‘Majikan Terbaik Itali’ buat kali ke-7 berturut-turut.



Syarikat tersebut mengutamakan kepercayaan pelanggan maka setiap pekerja mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan amanah di syarikat tersebut. Kerana itulah Lamborghini mempunyai operasi standard ketat yang perlu dipatuhi. 

Jika ada memiliki angan untuk bekerja di kilang Lamborghini perlu patuhi 15 peraturan ini:

15. Sumbangan dikawal selia dengan ketat

Pekerja harus mengelakkan sebarang konflik dalam jabatan. Oleh itu sumbangan hanya dibenarkan mengikut peraturan dalaman organisasi.

Sebagai contoh, jika pekerja menganggap organisasi layak menerima sumbangan, dia harus menghubungi pengurus jabatan terlebih dahulu. Sumbangan yang boleh merosakkan nama baik syarikat adalah dilarang.

14. Berurusan dengan pemberi kontrak awam

Kakitangan Lamborghini perlu berurusan dengan pegawai, pemegang jawatan politik, kerajaan, pihak berkuasa dan institusi awam di negara yang berbeza. Oleh itu, semua pekerja perlu mematuhi peraturan yang ketat dan sekiranya berlakunya perlanggaran akan diberikan hukuman serius. 

13. Pekerja perlu tahu undang-undang kawalan eksport

Lamborghini mempunyai jabatan kawalan eksport yang boleh mengenakan sekatan, larangan dan kelulusan ke atas rentas sempadan eksport kereta. Oleh itu, pekerja mesti mengetahui semua undang-undang peraturan ini untuk kegunaan perisian dan teknologi Lamborghini.

12. Perdagangan orang dalam adalah dilarang

Pekerja tidak boleh mendedahkan maklumat dalaman atau membuat sebarang cadangan kepada mana-mana pihak ketiga. Jika didapati ingkar, pekerja tersebut akan didakwa.

11. Dasar Media Sosial yang ketat

Pekerja Lamborghini harus berhati-hati untuk memuatnaik pendapat mereka di sosial media. Mereka tidak boleh menyuarakan pendapat secara terbuka dan tidak boleh mengkritik produk Lamborghini.

10. Pekerja wajib menyukai jenama Lamborghini

Jika peminat Lamborghini mengetahui segala-galanya tentang Ferruccio Lamborghini dan kereta legendanya. Oleh itu, pekerja wajib lebih banyak mengetahui daripada peminat jenama tersebut.

9. Terdapat tiga jadual syif

Menurut maklumat rasmi, pekerja Lamborghini bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat. Pekerja memakai pakaian seragam Lamborghini berwarna hitam yang merupakan pakaian rasmi barisan pemasangan.

Mereka adalah sebahagian daripada pasukan logistik yang ditugaskan ke bahagian pembinaan prototaip.

8. Pekerja mesti menguji setiap kereta Lamborghini sebanyak tiga kali

Pekerja mesti melakukan tiga ujian berbeza sebelum mereka boleh menghantar kereta kepada pemilik.

Ujian pertama melibatkan penggunaan laser dan kamera, ujian kedua penggunaan dyno untuk mengukur dan menilai prestasi jentera dan ujian ketiga ialah pandu uji 40 hingga 50km di jalan awam. 

7. Pekerja harus menguasai pelbagai kemahiran

Semua pekerja menjalani latihan eksklusif Lamborghini. Mereka digalakkan melakukan penggiliran dari stesen ke stesen untuk menguasai kemahiran yang berbeza. 

6. Pekerja mesti bekerja cepat

Lamborghini mempunyai sekurang-kurangnya 1,800 orang pekerja, 300 pekerja bekerja di barisan pemasangan kerana difahamkan 20 kereta dipasang setiap hari bergantung pada setiap model.

5. Pekerja mesti menghadiri mesyuarat alam sekitar

Lamborghini menggalakkan kesedaran tentang tema kelestarian melalui kempen, mesyuarat dan persidangan yang berbeza. Semua pekerja mesti menghadiri mesyuarat pendidikan dengan kerjasama Projek Realiti Iklim.

4. Pekerja perlu menerima kilang konsep masa depan

Pekerja Lamborghini perlu menerima konsep kilang masa depan. Syarikat itu secara aktif menggunakan barisan pemasangan berdasarkan model Kilang 4.0, yang menyepadukan teknologi baharu untuk membantu pekerja sepanjang operasi pemasangan.

3. Syarikat didahulukan

Walaupun pelanggan menjadi keutamaan syarikat, namun pekerja harus meletakkan kepentingan syarikat terlebih dahulu.

2. Mereka terpaksa rahsiakan lokasi pertemuan

Jika pekerja mengadakan mesyuarat yang melibatkan orang di luar syarikat, mereka tidak boleh berkongsi lokasi pertemuan dengan rakan sekerja. Mereka perlu menyimpan rahsia walaupun dalam satu jabatan. 

1. Tiada kenyataan umum

Pekerja tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan umum. Jika sebarang komen perlu dibuat melalui pihak yang layak. Pekerja harus mengiktiraf pencapaian syarikat dan menghormati reputasinya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here