90 peratus pemandu di Thailand degil tak nak berhenti di laluan zebra

1178

Isu keselamatan jalan raya, khususnya keselamatan pejalan kaki, kini menjadi tajuk utama di Thailand susulan sebilangan kes kemalangan maut melibatkan pejalan kaki di garisan zebra.

Terbaharu, seorang doktor di Bangkok meninggal dunia apabila dilanggar oleh seorang pegawai polis  yang menunggang sebuah motosikal jenis Ducati.



Selepas satu kaji selidik oleh sebuah organisasi kesihatan dan keselamatan jalan raya Thailand iaitu Yayasan Promosi Kesihatan Thai (ThaiHealth) mendapati hampir 90 peratus pemandu kenderaan di negara tersebut tidak menghiraukan lintasan pejalan kaki atau lintasan zebra.

Organisasi itu melakukan tinjauan di lintasan pejalan kaki zebra melibatkan 12 kawasan yang popular dan sibuk seperti Ekkamai dan Sukhumvit.

Bagi motosikal, kadarnya adalah 92 peratus daripada 6,449 motosikal, kereta kadarnya adalah 86 peratus daripada 7,619 kereta, manakala untuk  kenderaan awam kadarnya adalah  80 peratus daripada 285.

Hasil tinjauan itu, pegawai lalu lintas di Bangkok akan bertindak dengan memasang lampu isyarat dan kamera pengawasan di 100 lintasan zebra. Lampu akan dipasang dalam masa dua minggu dan kamera dalam tempoh sebulan.

Selain itu, denda bagi pelanggar lalu lintas akan dinaikkan daripada maksimum 1,000 baht (RM127) kepada  4,000 baht (RM508).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here