Proton catat jualan yang berkurangan pada bulan Januari

773

Proton Holdings Berhad (Proton) mencatat jualan yang berkurangan pada bulan Januari lalu sebanyak 25.3 peratus kepada 4,453 unit berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan anggaran pegangan pasaran domestik sebanyak 11.3 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pengurangan jualan ini adalah kerana kekurangan stok yang tersedia, walaupun kilang pengeluaran di Shah Alam dan Tanjung Malim tidak terjejas akibat banjir pada bulan Disember, vendor syarikat pula tidak bernasib baik. 



Ramai yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Shah Alam terjejas oleh banjir dan dalam masa yang sama ia turut memberi kesan langsung ke atas jumlah pengeluaran pada bulan Januari yang menyebabkan kekurangan unit untuk memenuhi pesanan. 

“Selepas menamatkan tahun 2021 dengan kejayaan, Januari merupakan bulan yang sangat sukar.

“Situasi kekurangan bekalan kami menjadi lebih ketara apabila terdapat kekurangan dalam unit yang dikeluarkan seterusnya memberi kesan yang teruk bagi pengedar. 

“Kami bersyukur kerana  pengeluaran untuk semua model telah berjaya disambung semula pada bulan Januari, walaupun sesetengah model memerlukan lebih banyak masa. 

“Kami yakin dapat mencapai sasaran tahun 2022 berdasarkan unjuran pasaran serta rancangan jualan dan pemasaran untuk sepanjang tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Roslan menjelaskan, di antara semua model, Proton X50 dan X70 merupakan model pertama yang memulakan semula pengeluaran dengan sebanyak 2,601 unit Proton X50 dan 799 unit Proton X70 telah dijual pada bulan lepas.

Walaupun jumlah individu adalah sederhana berbanding bulan sebelumnya, jualan gabungan kedua-dua model meletakkan Proton sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here