Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makinen cipta rekod lelongan tertinggi, cecah RM573k!

1433

Mitsubishi United Kingdom baru-baru ini mencipta rekod bidaan baharu, dimana ramai pembida ‘memburu’ jentera yang berharga dari syarikat itu.

Jentera tersebut ialah Lancer Evo VI Tommi Makinen Edition (TME), yang berjaya dijual pada harga £100,100 (RM573,989)! Bidaan ini mengalahkan rekod jualan model tersebut sebelum ini iaitu pada £99,000 (RM567,682).



Lancer Evo VI TME yang dijual itu merupakan unit keenam daripada 2,500 unit yang pernah dihasilkan di seluruh dunia.

Lancer Evo VI Tommi Makinen Edition

Jentera lain yang turut berjaya dijual ialah Evolution IX FQ-360 MR oleh HKS, yang merupakan salah satu daripada 200 unit yang pernah dihasilkan.

Jentera ini berjaya dijual pada £68,900 (RM395,083), dimana harga tersebut menjadikannya Evolution ketiga termahal yang dijual dalam acara lelongan awam. 

Selain itu, Evo X FQ-440 MR yang sangat rare turut berjaya dijual, yang merupakan salah satu daripada 40 unit yang pernah dihasilkan dijual pada harga £58,100 (RM333,154).

Jentera Evo lain yang berjaya dijual ialah Evolution IX Group N Works Rally Car 2007, yang berjaya memenangi Kejuaraan Rali Britain sebanyak dua kali dengan harga £61,700 (RM353,797).

Antara kenderaan lain yang berjaya dijual dalam acara lelongan tersebut adalah seperti berikut:

1. Mitsubishi Starion – £21,100 (RM120,990)
2. Mitsubishi 3000GT – £24,500 (RM140,486)
3. Mitsubishi Outlander 2015 – £16,000 (RM91,746)
4. Mitsubishi L200 Desert Warrior – £30,100 (RM172,598)
5. Mitsubishi Colt Lancer 1.4 – £15,000 (RM86,012)
6. Mitsubishi Galant GLSi – £12,500 (RM71,677)
7. Mitsubishi Colt Galant 2000 GLII – £11,600 (RM66,516)
8. Mitsubishi Model A 1917 skala 7:10 – £13,700 (RM78,558)

“Kenderaan ini bukan sahaja merupakan sebahagian besar dari warisan dan sejarah Mitsubishi di United Kingdom, mereka juga merupakan kenderaan yang sangat istimewa,” kata pengarah operasi Mitsubishi United Kingdom, Paul Bridgen.

“Mereka masing-masing mempunyai kisah yang unik untuk diceritakan dan mereka dihargai dan dijaga sejak kami memperolehnya. Saya telah mengawasi perkembangan beberapa kenderaan ini secara peribadi sehingga sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

“Namun, kejayaan yang mereka capai meyakinkan saya bahawa mereka semua akan pergi ke pemilik baharu yang memahami asal-usul dan kepentingan kereta. Saya juga berharap mereka akan dihargai dan dipelihara untuk generasi akan datang,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here