[Video] Tak sengaja pijak ekzos panas, tapak kasut tebal hampir hilang….

2732

Apabila menunggang motosikal selalunya rider akan meminta penumpang agar berhati-hati agar kaki tidak menyentuh bahagian ekzos panas.  

Oleh kerana komponen berkenaan antara yang cepat panas disebabkan itu pengeluar  menyediakan pelindung luar pada bahagian ekzos itu. 



Bagaimanapun, satu video yang tular ini bakal membuat anda ketawa. Video pendek itu menunjukkan bahagian kasut penumpang belakang dengan kapsyen menjelaskan “semuanya ok..sehinggalah……”

Sebaik penumpang berkenaan mengangkat kakinya bahagian tapak kasut sukan miliknya sudah lopong di tengah melengkung bentuk silinder paip ekzos.

Tapak setebal kira-kira satu inci itu meleleh cair kerana terkena bahagian ekzos. Mungkin penumpang berkenaan tidak sengaja meletakkan kaki pada ekzos bukannya pada perehat kaki yang disediakan. 

Bahkan pada video itu terlihat jelas kesan tapak cair yang melekat pada ekzos. Tetapi penumpang berkenaan bernasib baik bukannya bahagian kaki yang tersentuh ekzos berkenaan.

Kejadian itu mendapat reaksi lucu daripada netizen antaranya,

“Dia beruntung kerana kakinya masih ada.”

“Dia harus mengganti rugi dengan ekzos baharu.”

“Dia beruntung sol sepatunya tebal jadi kakinya tak apa-apa.”

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Super Bikers (@superbbikers)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here