Honda N-Van e: dilancarkan di Jepun, boleh pandu 210 km sekali cas

338

Honda mendedahkan versi kenderaan elektrik, N-Van e: yang bakal mula dijual di Jepun pada musim bunga 2024.

Dari luar, Honda N-Van e: tampak hampir sama dengan model standard, kecuali gril reka bentuk baharu yang menempatkan port pengecasan dan diperbuat daripada plastik bampar kitar semula. 



Di dalam, sistem penyaman udara dipinjam daripada N-Box yang dikemas kini baru-baru ini, walaupun bahan yang digunakan di sekeliling kabin mengekalkan rupa utilitariannya. 

Selain itu, ia dilengkapi sistem Honda Connect, Honda Sensing dan beg udara tirai sisi yang merupakan yang pertama untuk segmen Kenderaan Komersial Ringan (LCV).

Bagaimanapun, Honda tidak mengumumkan spesifikasi keluaran motor elektrik tetapi bercakap tentang pecutan yang kuat walaupun di bawah beban berat, digabungkan dengan tahap bunyi dan getaran yang rendah. 

Biarpun tidak mendedah kapasiti bateri, tetapi Honda menyasarkan jarak WLTC melebihi 210 km. Pengecasan penuh akan mengambil masa kira-kira 5 jam dengan menggunakan 6 kW.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here