Ini satu-satunya Honda Civic Type R FK8 facelift di Malaysia

851

Pada majlis pelancaran Honda Civic Type R FL5, pengedar rasmi jenama berkenaan turut mempamerkan barisan generasi Civic Type R.

Salah satunya adalah Civic Type R FK8 facelift berwarna biru yang diletakkan pada pintu masuk.



Versi facelift tersebut merupakan satu-satunya model yang diimport rasmi oleh Honda Malaysia dan difahamkan ia dimiliki salah satu wakil jualan Honda.

Pengeluaran model berkenaan berakhir pada hujung Julai 2021 seiring dengan penutupan kilang Honda UK Manufacturing di Swindon.

Perubahan yang ditawarkan pada model itu adalah rekaan gril depan bersaiz besar bagi penyejukan enjin lebih baik, tambahan sirip intake udara palsu dengan warna badan dan ventilasi pada bampar depan dan belakang.

Pada bahagian dalam ditawarkan dengan stereng balutan Alcantara baharu dan tombol gear baharu serta tukaran gear lebih pendek.

Perubahan mekanikal, jentera itu mendapat dua komponen rotor brek dan pad brek yang direka semula bagi meningkatkan kecekapan pada kelajuan tinggi serta naiktaraf minor pada suspensi.

Peredam ditala semula untuk meningkatkan keselesaan pemanduan serta bushing belakang lebih keras untuk meningkatkan cengkaman.

Selain itu, geometri suspensi depan dinaiktaraf untuk mengurangkan geseran dan meningkatkan rasa stereng.

 

Enjin kekal tidak berubah mempertaruhkan 2.0 liter VTEC Turbo (K20C) yang menghasilkan kuasa 320 PS @ 6,500 rpm dan tork 400Nm @ 2,500-4,500 rpm. Kuasa dihantar ke roda menerusi transmisi 6-kelajuan manual. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here