Utama Berita Automotif Honda WN7 (2026) raih anugerah reka bentuk berprestij daripada Red Dot

Honda WN7 (2026) raih anugerah reka bentuk berprestij daripada Red Dot

7

Motosikal elektrik saiz penuh produksi pertama Honda, WN7 (2026) terus mengumpul pengiktirafan di peringkat global. 

Setelah memenangi anugerah iF Design Award baru-baru ini, Honda WN7 kini meraih anugerah paling berprestij dalam Red Dot Design Award dalam kategori Best of the Best. 

Ini merupakan anugerah kedua yang diterima oleh Honda WN7 dalam tempoh sebulan. 

Selain motosikal elektrik, Honda turut menerima pengiktirafan Red Dot menerusi produk lain iaitu:

  • robot mobiliti Uni-One (kategori Best of the Best sama seperti WN7)
  • kereta sports hibrid Honda Prelude
  • robot pemotong rumput Miimo 150i/2200i

Honda WN7 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal 67 hp/100 Nm yang dipadankan dengan pek bateri 349.8V untuk jarak tunggangan sejauh 140 km. 

Casis motosikal elektrik ini disokong dengan fork teleskopik USD 43 mm di depan dan penyerap hentak tunggal 41 mm di belakang. 

Di UK, Honda WN7 dijual pada harga £12,999 (RM69,531). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here