Utama Berita Automotif Harga jualan rasmi MV Agusta Rush Titanio diumumkan – bermula dari RM209k...

Harga jualan rasmi MV Agusta Rush Titanio diumumkan – bermula dari RM209k di Itali

6

Setelah kita mengetahui perincian dan spesifikasi Rush Titanio beberapa bulan lepas, MV Agusta kini mengumumkan perkara yang lebih penting, iaitu harga jualan sebenar. 

Di pasaran Itali, Hyper-Naked Rush Titanio ini dijual pada harga €44,900 (RM209 ribu), dengan angka produksi dihadkan kepada 300 unit sahaja. 

Jentera agresif ini menggunakan enjin 1,000cc inline‑four MV Agusta, kini dipertingkat untuk patuh Euro 5+ tanpa hilang taring menghasilkan 201 hp pada 13,500 rpm dan 116 Nm tork. 

Dengan bantuan sistem ekzos titanium slip-on Arrow, angka kuasa kuda itu mampu melonjak kepada 206 hp pada 14,000 rpm. 

Respons enjin ini ditambah baik dengan penggunaan camshaft baharu, pemetaan ECU baharu, serta nisbah gear yang lebih pendek. 

Aspek tunggangan dibantu dengan sistem suspensi Öhlins Smart EC 3.0 generasi terbaru, menggunakan teknologi spool valve yang lebih pantas bertindak untuk melaras redaman secara masa nyata.

Ciri bantuan elektronik lain termasuklah kawalan cengkaman, ABS dan kawalan wheelie. 

Apa yang membuatkan Rush Titanio lebih istimewa (dan mahal): 

  • Titanium bukan hanya pada ekzos — ia digunakan pada pelbagai komponen struktur dan kosmetik
  • Aksen anodized biru memberi rupa “barang kemas MV Agusta”
  • Serat karbon kini dengan twill weave baharu
  • Rim belakang tertutup — masih berani, masih kontroversi
  • Tempat duduk Alcantara penuh, dibangunkan bersama Alcantara, gabungan mewah + tahan air

Setiap unit datang dengan:

  • Kit lengkap ekzos titanium + ECU map khusus
  • Tuil CNC
  • Komponen karbon tambahan
  • Sijil pemilikan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here