
Honda bakal membawakan sebuah kenderaan elektrik buatan China untuk dipasarkan di Jepun.
Jika di China, ia dikenali sebagai e:NS2 hasil kerjasama dengan rakan usaha sama Dongfeng, namun ia bakal diberikan nama baharu Honda Insight khas untuk pasaran Matahari Terbit.
Di sana, Honda Insight (2026) bakal dijual pada harga 5.5 juta yen (RM136 ribu), namun dengan bantuan subsidi EV kerajaan harga tersebut turun kepada 4.2 juta yen (RM104 ribu).
Ia tidak akan dijual dalam unit yang tinggi, ini kerana Honda hanya merancang untuk menjual 3,000 unit sahaja di seluruh negara.
Dibina atas platform e:N Architecture F, Honda Insight dikuasakan oleh motor elektrik pacuan depan 201 hp yang dipadnkan dengan bateri CATL 68.8 kWh.
Jarak pemanduan adalah sekitar 500 km mengikut data WLTP.
Antara kelengkapan yang wujud pada Honda Insight (2026) termasuklah sistem paparan head-up, sistem audio Bose 12 pembesar suara, fungsi pemanas pada tempat duduk depan dan belakang, pemanas roda stereng, serta pemanas panel pintu depan yang sangat sesuai dengan keadaan musim sejuk di Jepun.


































