Honda perkenal siri EV ‘Ye’ P7 dan S7 di China, lancar hujung tahun ini

98

Honda memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) Ye Series (sebutan ‘yeah’) ke pasaran China menerusi Ye P7 dan Ye S7 serta model konsep Ye GT.

Model berkenaan bakal dipertontonkan di Pameran Auto Beijing (2024) hujung bulan ini. Honda juga bakal memperkenalkan enam model Ye Series menjelang 2027 di China, menurut siaran akhbar yang dikeluarkan. 



EV baharu itu akan menyertai barisan e:N Series sedia ada yang dijual di China dan Ye P7 dan S7 akan mula dijual hujung tahun ini.

Siri baharu itu dinamakan dengan huruf Cina “烨” yang bermaksud “bersinar dengan cemerlang,” mewakili hasrat Honda untuk membolehkan Ye Series dipandu pelbagai lapisan pengguna.

Mempercepatkan transformasi Honda di China yang mana peralihan EV sedang berjalan dengan pantas, model Ye Series akan menggunakan logo ‘H’ baharu yang direka khusus untuk model EV generasi akan datang jenama itu.  

YE P7 & S7

Ye P7 dan Ye S7 dibangunkan berasaskan platform EV khas yang tersedia menerusi dua spesifikasi iaitu motor tunggal dengan pacuan roda belakang (RWD) dan dua motor dengan pacuan empat roda.

RWD direka untuk pemanduan sporty manakala pacuan empat roda direka untuk menawarkan pengendalian kuasa tinggi dan responsif. 

Kabin yang luas menawarkan perjalanan yang selesa di samping menikmati pengalaman pemanduan dengan teknologi pintar menerusi perubahan lampu LED pada panel instrumen dan panel pintu dengan bantuan AI dan fungsi lain.

Fascia depan kedua-dua model tampil berbeza yang mana S7 menampilkan lampu depan lebih agresif manakala P7 memiliki perlengkapan cahaya yang lebih lengkap dengan lampu nyala siang LED bertindak sebagai garisan sekeliling gugusan. 

Ye GT CONCEPT

Ye GT tampil dengan siluet rendah dan lebar sepadan dengan imejnya sebagai Grand Tourer. Tempat duduk pemandu direka dengan pengalaman pemanduan acah perlumbaan.

Selain itu, prestasi dinamik diperhalusi secara menyeluruh untuk memberikan pengalaman pemanduan terbaik.

Bagi penumpang depan, paparan skrin yang jauh yang memberikan rasa kedalaman dan pengalaman seolah-olah melihat skrin besar, ia akan digunapakai buat kali pertama untuk produk Honda, sekaligus menawarkan ruang seperti teater peribadi.

Ye GT dijadualkan mula dijual sebelum penghujung tahun 2025.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here